Nasional Modenisme: Kerangka Umum

Pembentukan falsafah politik baharu di Malaysia Tahap permulaan: Kerangka Umum

NASIONAL MODENISME

6 min read

Nasional Modenisme: Kenegaraan nasional yang menerajui modenisasi berpandu atas ‘ruang hidup’ darat dan maritim secara luas

Rasional keperluan falsafah baharu:

Keperluan doktrin baharu berasal daripada ketidakseimbangan pembentukan negara bangsa (Nation-building) berbanding dengan pembangunan negara (State-building). Seperti yang dijelaskan oleh Fukuyama, pembangunan negara merujuk pada tindakan ketara institusi - tentera, polis, birokrasi, kementerian, dan seangkatan dengannya. Ini dicapai melalui pengambilan staf, latihan pegawai, pembentukan pejabat, peruntukan bajet, penggubalan undang-undang dan arahan. Pertumbuhan Malaysia sejak kemerdekaan sehingga kini sebagai negara membangun upper middle income dikreditkan kepada kekuatan institusi dan disokong oleh birokrat profesional. Tetapi permasalahannya adalah ketidakseimbangan pembentukan bangsa di mana sifatnya berbeza daripada state-building. Kembali kepada analisa Fukuyama, pembentukan bangsa lebih cenderung kepada alam metafizik dan abstrak seperti yang dihuraikan di bawah

 it is the creation of a sense of national identity to which individuals will be loyal that such identity supersedes regions or ethnic groups. It requires intangible things like national traditions, symbols, shared historical memories, and common cultural points of reference. National identities can be created by states through their policies on language, religion, and education. But they are just as often established from the bottom up by poets, philosophers, religious leaders, novelists, musicians, and other individuals with no direct access to political power.1

Di Malaysia, landskap nasional jarang memiliki tradisi, simbol dan kenangan sejarah yang menimbulkan sentimen persamaan. Sistem pendidikan Malaysia secara pengasingan budaya mencorakkan ekosistem yang amat berbeza dimana setiap rujukan budaya dalaman tidak mempunyai elemen jalinan antara satu sama lain. Akibatnya, detik-detik sejarah Malaysia ditafsirkan daripada lensa yang tidak sehaluan atau resonan kerana dipisahkan oleh sumber rujukan Cina, Melayu dan India yang kemudian dibahagikan oleh penguasaan bahasa ibunda masing-masing, maka tiada sesiapa merasakan ikatan sentimental yang dijalin oleh unsur budaya yang sama (muzik, filem, seni, fesyen, falsafah dan lain-lain). Oleh itu, walaupun Malaysia kadangkala menghasilkan bakat luar biasa, sfera budaya yang berlainan telah melemahkan peluang untuk memperoleh pengaruh di seluruh negara, tetapi terbatas di bawah kelompok kaum.

Pengiktirafan nasional yang rendah bukan sahaja membawa kemerosotan nilai metafizik yang melambangkan identiti bangsa, tetapi juga mempengaruhi prestasi ekonomi secara asasnya. Misalnya, peningkatan pertama Malaysia daripada ekonomi agro kepada ekonomi yang berteras perkhidmatan adalah ganjaran state-building yang tepat, tetapi perjalanan kita kepada 'peningkatan kedua' yang didorong oleh pertumbuhan inovatif yang melangkaui penggunaan teknologi kepada pencipta dan inovator, memerlukan asas identiti nasional yang resonan untuk mengasaskan landskap yang koheren untuk berinovasi dan keluar daripada parameter pergantungan akumulasi faktor; Malaysia kini yang memiliki bumbung sosial dan budaya yang tidak sehaluan masih berkompromi melalui alasan 'multikulturalisme' telah memecah-belahkan pasaran ekonomi. Sejauh mana pekerjaan kini harus berasaskan kaum, cadangan perniagaan berdasarkan pasaran kaum, naratif sosial semata-mata difahami oleh identiti kaum atau agama sendiri — lebih mengecilkan pasaran Malaysia yang hanya ada 30 juta penduduk kepada pasaran mikro, tentulah menjadi faktor asas fenomena ‘middle-income trap’.

Penanggapan fenomena sebegini sebagai isu polisi di mana solusinya adalah reformasi institusi atau angka ekonomik lebih mendalam akan membawa hakikat sebaliknya, iaitu kemerosotan konsep Bangsa sebagai jentera ekonomi semata-mata. Anggapan sebegini tidak akan membawa kekayaan walaupun betapa ‘cemerlang’ dasar yang dikemukakan. Selain itu, negara tanpa identiti nasional yang kukuh menjadikan warga Malaysia yang tidak melihat kesejahteraan bangsa sebagai sesuatu semangat yang bernilai tinggi dan sanggup berkorban untuknya; dengan itu, semakin banyak wang yang dihasilkan dalam negara, semakin miskin bangsanya kerana seluruh warganegara termasuk pegawai awam dan penggubal dasar merasa lebih bertanggungjawab pada keluarga, mukim atau etnik daripada kesejahteraan umum. Oleh itu, kewajiban moral masyarakat diperkecilkan dan semata-mata beredar atas sudut kelompok dan interpersonal, membiarkan ‘Bangsa’ menjadi debu.

Pergantungan pada State keseluruhannya tidak mencukupi kerana penumpuan pada unsur-unsur ketara sahaja adalah seperti orang yang bertindak tanpa renungan introspektif atas tindakannya. State selalunya harus menggambarkan kecekapan dan meritokrasinya, tetapi ia tidak peduli terhadap perkara yang memerlukan wawasan dan karisma kepimpinan  yang memangkin dan menginspirasikan semangat metafizik. Tugasnya hanyalah melaksanakan perintah. Malaysia kini kurang unsur istimewa yang mencorakkan persamaan takdir dimana masyarakat dapat percaya dan yakin padanya.

Negara tanpa Bangsa pasti akan hilangkan 'Mengapa' atas tindakan-tindakannya, seperti pekerja yang bertekun buta tanpa mengetahui tujuan tenaga buruhnya, orang sebegitu mungkin memperoleh kejayaan materialistik, tetapi kekurangan unsur rohaniah akan mentakdirkan dia sebagai insan yang mudah dilupa setelah kematiannya. Sama dengan Malaysia, negara yang hanya peduli dengan prestasi tangible tanpa imbangan semangat Nasional bagaikan bandar berbatu bata tanpa jiwa, bagai kesenian tanpa nilai tafsiran, dan budaya sebagai hobi masa lapang. Kehidupan atas tanah ini tanpa identiti kerohanian menghilangkan sumber inspirasi sentimental yang mencetuskan inovasi dan kreativiti peribadi yang menjadikan insan berbangsa Malaysia sebagai orang biasa yang tiada keistimewaan atas kewujudan mereka, apatah lagi untuk menyaksikan mereka menjadi tokoh bersejarah.

Hanya 'Bangsa' yang membina justifikasi mega yang dapat merangsang pengorbanan untuk manfaat nasional dan melonjakkan Malaysia kepada tahap yang melambangkan kuasa keseluruhannya. Ia tidak dapat dilakukan melalui statistik, dasar terperinci, apatah lagi bergantung kepada politik kontrak 5 tahun, tetapi dengan tonggak kerohanian yang dikenali oleh falsafah nasional baharu yang menampung budaya berbeza namun saling resonan. Pencapaian ekonomi modenisasi tidak boleh dianggap sebagai tujuan utama Bangsa, tetapi hanya kaedah untuk merealisasikan wawasan Nasional kepada kedudukan kuasa yang mengandungi kapasiti ekonomi yang terbentuk atas simbolisme rohaniah.

Pengenalan Nasional Modenisme:

Oleh sebab itu, falsafah Nasional Modenisme merangkumi fenomena-fenomena tersebut melalui lambang kenegaraan Nasional yang menerajui modenisasi berpandu. Visi utamanya adalah untuk menyaksikan pembentukan negara-bangsa akhirnya dengan ruang hidup darat dan maritim yang luas (Konsep ‘ruang hidup’ atau lebensraum adalah visi kemudian selepas pencapaian tahap permulaan Nasional Modenisme).

Nasional Modenismes mengandungi dua tonggak utama, iaitu istilah Nasional dan Modenisme. Perkataan pertama (Nasional) mewakili unsur rohaniah yang merangkumkan Islam Nusantara dan konsep kemajmukan bersepadu yang menyusun semula multikulturalisme kepada konsep yang menjalinkan sfera budaya masing-masing, sedangkan langkah pencapaiannya dijustifikasi oleh hak asasi negara membangun yang disusun semula untuk sesuaikan keperluan proses pembinaan negara, digelar Hak untuk Pembangunan Bangsa atau Hak untuk Bersatu. Hak-hak sebegini memupuk tindakan asertif selagi bersesuaian dan tidak akan berkompromi tanpa sebab. Seterusnya, istilah lanjutan (Modenisme) mewakili arah pembangunan Malaysia yang mengimbangkan budaya Malaysia dengan idea-idea global, memastikan pencapaian materalistik dan kualiti hidup tanpa mengorbankan identiti negara sendiri, tetapi sebaliknya, dimana keazaman sebagai pencipta fenomena, idea, atau produk memerlukan identiti koheren seperti ekosistem rohaniah Islam Nusantara dengan kemajmukan bersepadu Malaysia. Tonggak Modenisme mementingkan perlambangan nilai Malaysia melalui seni bina, hikmat kerohanian Nusantara, perancangan bandar, kesusasteraan, makanan dan tokoh-tokoh, kemudian menjenama semula ‘Malaysian made’ sebagai jenama yang menarik bakat untuk mempraktikkan ‘Malaysian Way’, bukan hanya kecenderungan sehala yang berbekalkan bakat lahiriah tanpa mereka kembali ke tanah air disebabkan daya tahan rohaniah Malaysia yang lemah. 

Pencapaian Nasional Modenisme akan menyuntikkan kaliber yang tidak pernah disaksikan sebelumnya, dimana pemerintah bangsa bukan sahaja berkhidmat sebagai kontraktor 5 tahun yang tertumpu pada slogan sementara dan disekat oleh pandangan sempit, tetapi diberikan 5 tahun bagi meneruskan perjuangan Nasional Modenisme untuk lebih memperkuatkan identiti ‘Malaysia’ melalui unsur metafizik dan tangiblility. Tawaran Malaysia adalah melangkaui tuntutan ekonomi yang hanya menyalurkan kepada tahap peribadi atau kelompok etnik, tetapi mencorakkan persepsi dimana pengiktirafan terhadap identiti Nasional membawa ganjaran kekayaan dan juga amalan kepercayaan rohaniah Nusantara masing-masing, tidak kira Islam, Buddhisme atau agama lain. Nasional Modenisme adalah falsafah yang ingin mengimbangkan kepentingan nasionalisme, spiritualisme dan pertumbuhan ekonomi, jadi ukuran kejayaan adalah bagaimana equilibrium sebegini dapat dibentuk, bukan betapa cenderung falsafah ini terhadap mana-mana unsur.

Selanjutnya, Nasional Modenisme pula memerlukan sempadan geografi berkadar untuk mencerminkan asas nasional yang koheren. Atas pencapaian kemajmukan bersepadu, sejarah maritim Malaysia akhirnya berjaya mencari titik persamaan daripada seluruh lapisan masyarakat Malaysia untuk dijadikan naungan pelaksanaan ‘ruang hidup’ maritim sebagai sumber daya, ruang kenikmatan geografi, dan pasaran yang luas, merealisasikan kesatuan identiti dengan kenangan sejarah yang memiliki kekuatan ekonomi dinamik. Dasar luar pula bukan hanya urusan pentadbiran, tetapi tahap strategik jangka panjang yang melangkaui 5 tahun tanpa gangguan naratif sosial yang selalunya sementara. Dengan itu, perkembangan ‘ruang hidup’ maritim akan menjadi kompas dasar luar serantau Malaysia pasca-pencapaian Nasional Modenisme.

Pada masa yang sama, falsafah Nasional Modenisme turut mengatur semula hubungan dua hala dengan kuasa Timur Tengah. Ia memperkasakan Islam Nusantara yang menyeimbangkan intipati keagamaan dengan adat dan norma serantau, menjadikan Malaysia sebagai pemangkin pemikiran Islam di serantau Nusantara selain daripada pergantungan pada sektor kewangan. Sehingga kini, forum intelektual Islam Malaysia masih tidak mempunyai conscionable avowed goal seperti yang diketengahkan oleh Syed Hussein Al-Attas; Malaysia masih memainkan peranannya sesuai dengan keperluan ekonomi dunia Islam tetapi pengabaian secara tidak langsung terhadap modal intelektual menyebabkan Malaysia kehilangan peluang dalam mendapatkan posisi kepimpinan serantau dan sejagat yang mendorong tren, fenomena dan pemikiran inovatif. Korpus intelektual Malaysia tetap menekan pelaburan perniagaan tanpa perintis yang membina sistem, pasaran dan teori asal yang disanjung tinggi dimana Malaysia sebagai negara asalnya dianggap sebagai pemangkin pemikiran Islam serantau Nusantara. Ringkasnya, Nasional Modenisme dalam hal ehwal Islam berperanan sebagai landasan pembentukan personaliti dan persekitaran global yang dihormati dalam aspek ekonomi dan modal intelektualnya, sejauh mana summitry diplomacy yang dilakukan sebelumnya seperti World Islamic Economic Forum (WIEF), Dialog Perdana 2019, World Halal Conference, dan Malaysia International Halal Showcase dapat diperluaskan lagi dan melambangkan Malaysia sebagai lynchpin of Islamic summits.

Jadi, Nasional Modenisme secara amnya menyuntikkan nilai simbolik kepada Malaysia melalui kepimpinan Islam dan rohaniah Nusantara, lalu bersepakat dengan kemajmukan bersepadu yang menampung budaya di bawah tonggak linguistik Bahasa Malaysia, dimana kesepaduan sosial yang akhirnya dicapai dapat menuntut secara bersatu atas ‘ruang hidup’ darat dan maritim yang luas; lazimnya, Malaysia dapat mencapai pengaruh serantau dan sejagat yang lebih besar dimana wawasan Nasional diakarkan dan disokong oleh pemodenan ekonomi berpandu.